Posted on 22:08, September 24th, 2008 by miss Gossip

 

LONDON - Aktres filem Harry Potter, Emma Watson (gambar) sanggup menangguhkan kerjayanya sebagai pelakon semata-mata untuk menyambung pelajarannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Emma, 18, memberitahu bahawa dia mahu menumpukan perhatian dalam pengajiannya ke peringkat ijazah selepas selesai menjalani penggambaran siri terakhir filem Harry Potter.

Difahamkan Emma bersama dua pelakon utama filem Harry Potter, Daniel Radcliffe dan Rupert Grint akan menamatkan penggambaran filem berkenaan pada musim luruh depan.

Bagaimanapun, penerbit filem itu bersetuju untuk mengubah penggambaran untuk menyesuaikan jadual pembelajaran Emma di universiti.

“Saya mahu menyambung pelajaran ke universiti di peringkat ijazah dan itu bermakna saya perlu menangguhkan kerjaya lakonan,” kata Emma.

Dia yang berlajar di Sekolah Headington di Oxford baru-baru ini mendapat gred A untuk mata pelajaran kesusasteraan Inggeris, Geografi dan Sastera.

Menurutnya, dia kini sedang mempertimbangkan untuk melanjutkan pelajaran sama ada di universiti Britain atau Amerika Syarikat (AS).

“Sekiranya saya memutuskan untuk tinggal di Britain, saya akan memilih jurusan kesusasteraan Inggeris dan sekiranya saya melanjutkan pelajaran di AS, saya akan memilih jurusan seni liberal,” katanya. - Agensi

Sumber : Kosmo Online, 24 Sept 2008

Post a Comment

Name:
Email:
Website:
Comments:
Search: