LOS ANGELES - Aktres terkenal, Jennifer Aniston mendedahkan dia tidak menghiraukan sebarang laporan berhubung dirinya yang disiarkan oleh pihak media, lapor sebuah akhbar semalam.
Aktres itu sebelum ini mendapat tumpuan meluas media selepas bercerai dengan bekas suami, aktor Brad Pitt pada 2005 dan terbaru dia berpisah dengan kekasihnya, John Mayer.
Bagaimanapun, Aniston yang popular dengan siri televisyen Friends menegaskan bahawa dia gembira selepas kembali tanpa kekasih.
Aniston, 39, memberitahu bahawa dia kecewa membaca berita yang tidak benar berhubung dirinya tetapi dia kini belajar untuk tidak menghiraukan laporan seperti itu.
“Saya hanya menumpukan terhadap kehidupan dan memberi fokus pada kerjaya serta apa yang telah saya rancang,” katanya.
“Saya sebenarnya tidak bimbang apa yang dilaporkan oleh media berhubung diri saya. Ia merupakan sebahagian daripada tugas,” jelasnya. - Agensi
Sumber : Kosmo Online - 22 Sept 2008
Post a Comment