Posted on 08:29, May 19th, 2008 by miss Gossip

Penyanyi Ashlee Simpson semalam melangsungkan perkahwinan dengan teman lelakinya yang juga bintang rock, Pete Wentz.

Majalah hiburan People melaporkan, bapa Simpson mengadakan majlis perkahwinan anak perempuannya itu di kediamannya di Encino di sini, dengan dihadiri oleh kira-kira 150 tetamu.

Simpson dan Wentz pada April lalu mengumumkan pertunangan mereka selepas menjalin hubungan sejak 2006.

Perkahwinan itu adalah yang pertama untuk kedua-dua mereka.

Sebelum ini, beberapa media melaporkan bahawa Simpson telah hamil tetapi laporan itu dinafikan oleh Wentz.

Simpson, 23, telah melancarkan album ketiganya berjudul Bittersweet World pada April lalu.

Wentz, 28, pula merupakan pengasas bersama kumpulan Fall Out Boy pada 2001.

Kumpulan itu mempunyai peminatnya sendiri selepas kejayaan album From Under the Cork Tree yang dilancarkan pada 2005.

- Reuters

Sumber : Utusan Malaysia Online, 19 Mei 2008

Posted on 02:03, May 14th, 2008 by miss Gossip

Ashlee Simpson yang sedang hangat bercinta dengan pemain bass kumpulan Fall Out Boy, Pete Wentz, dikhabarkan akan melangsungkan perkahwinan pada hari Sabtu ini.

Perkahwinan itu dikatakan akan dilangsungkan di satu lokasi rahsia.  Mereka juga dilaporkan bakal menimang cahaya mata pertama mereka pada bulan Oktober ini.

Pasangan ini mengumumkan pertunangan mereka kepada umum pada bulan April yang lalu.

Walaupun begitu, tiada pengumuman rasmi daripada kedua-duanya samada mengenai perkahwinan maupun bakal cahaya mata mereka.

Sama-sama kita nantikan akan kesahihan gossip ini.

Sumber berita dan imej : E! Online, Blogger News Network

:: Klik pada imej untuk paparan penuh ::
Search: