Selepas Drew Barrymore, kini giliran Britney Spears pula mengalami kemalangan. Britney terlibat dalam satu perlanggaran kecil tengahari Selasa yang menyaksikan Spear melanggar bahagian belakang sebuar Ford Explorer di Beverly Hills.
Britney yang memandu Mercedes-Benz SL65 putih miliknya, tidak mengalami apa-apa kecederaan. Pemandu Ford Explorer berkenaan, Edith Cortese, dikatakan mengekori Britney kembali ke rumahnya untuk bertukar maklumat dan menyelesaikan masalah tersebut.
Khabarnya, pihak polis tidak dimaklumkan mengenai perlanggaran itu.
Sumber : E! Online, People.Com