Posted on 07:53, May 14th, 2008 by miss Gossip

:: Klik pada imej untuk paparan besar ::

KALAU Indonesia mampu berbangga dengan kredibiliti Anggun yang berjaya menerobos persada muzik antarabangsa, Malaysia juga tidak kurang hebatnya.

Sebutir nama cukup indah dan mudah diingati, Che’Nelle, 25, barangkali boleh menjadi kebanggaan seluruh warga di negara ini disebabkan kejayaannya menakluk pasaran Amerika Syarikat.

I Fell in Love With the DJ yang dimuatkan album debutnya, Things Happen For A Reason ternyata menjadi mercu tanda. Lagu itu juga yang mengorbit jenama Che’Nelle di peta seni dunia.

Biarpun statusnya kini bukan lagi jaguh desa, dia tetap ingin dikenali sebagai Cheryline Lim yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah, seorang wanita yang masih kuat identiti Asia.

Che’Nelle yang dilahirkan pada 10 Mac 1983 mempunyai sikap yang begitu mesra, biarpun perihal peribadinya cuba dicungkil gara-gara berjaya memahat nama di luar negara.

Sehangat mentari yang terik memancar, sehebat itu juga semangat gadis berkulit hitam manis ini mahu meneroka jauh dalam bidang nyanyian.

Bahkan ketika percikan sang suria hangat membakar kulit, Che’Nelle tidak betah atau merungut tatkala dia diajak meneruskan temu bual yang dilakukan di lokasi terbuka.

“Saya ingin tampil seperti Che’Nelle yang dulu, serupa dan anak kelahiran Malaysia,” ujarnya lembut sambil disulami sedikit ketegasan.

Bukan tempias glamor atau publisiti murahan dicarinya. Apa yang Che’Nelle inginkan agar namanya terus mekar seantero dunia.
Read the rest of this entry »

Search: