Posted on 17:21, May 11th, 2008 by miss Gossip

Dewi Sandra menafikan dia telah bercerai dengan penyanyi Glenn Fredley.

”Khabar itu tidak benar sama sekali,” kata Dewi kepada wartawan selepas rancangan Indonesia Idol di stesen RCTI baru- baru ini. Dewi juga menepis pertanyaan wartawan yang dia dan Glenn kini berpisah ranjang kerana menyifatkan soal itu terlalu peribadi.

Pelakon dan penyanyi berusia 27 tahun itu pernah berkahwin dengan pelakon Surya Saputra sebelum bernikah dengan Glenn pada tahun 2007. Dewi bagaimanapun cuba menyembunyikan masalah rumah tangganya yang dikatakan hendak karam itu.

“Aku sedang cuba berusaha menjadi isteri yang lebih baik,” kata Dewi.

Sumber : Utusan Malaysia Online, 11 Mei 2008

Search: