Posted on 21:35, September 24th, 2008 by miss Gossip

 

LOS ANGELES - Aktres terkenal, Jennifer Aniston mendedahkan dia tidak menghiraukan sebarang laporan berhubung dirinya yang disiarkan oleh pihak media, lapor sebuah akhbar semalam.

Aktres itu sebelum ini mendapat tumpuan meluas media selepas bercerai dengan bekas suami, aktor Brad Pitt pada 2005 dan terbaru dia berpisah dengan kekasihnya, John Mayer.

Bagaimanapun, Aniston yang popular dengan siri televisyen Friends menegaskan bahawa dia gembira selepas kembali tanpa kekasih.

Aniston, 39, memberitahu bahawa dia kecewa membaca berita yang tidak benar berhubung dirinya tetapi dia kini belajar untuk tidak menghiraukan laporan seperti itu.

“Saya hanya menumpukan terhadap kehidupan dan memberi fokus pada kerjaya serta apa yang telah saya rancang,” katanya.

“Saya sebenarnya tidak bimbang apa yang dilaporkan oleh media berhubung diri saya. Ia merupakan sebahagian daripada tugas,” jelasnya. - Agensi

Sumber : Kosmo Online - 22 Sept 2008

Posted on 14:55, May 13th, 2008 by miss Gossip

Jennifer Aniston (Jen) dikatakan sedang hangat bercinta dengan penyanyi popular, John Mayer. Jen yang sebelum ini pernah berkahwin dengan Brad Pitt, pernah dikaitkan dengan beberapa orang lelaki yang diwar-warkan sebagai teman istimewanya.

John Mayer pula sebelum ini pernah menjalinkan hubungan dengan ramai selebriti yang terkenal antaranya Jennifer Love Hewitt, Mandy Moore, pelakon “Friday Night Lights” Minka Kelly dan Jessica Simpson.

Walaupun peminat-peminat Jen gembira dengan berita ini, ada juga yang merasakan John Mayer bukanlah lelaki yang sesuai dengan Jen. Berdasarkan sejarah hubungan John sebelum ini, ada yang beranggapan yang John Mayer hanyalah mempergunakan Jen sebagai cara untuk menaikkan namanya di Hollywood.

Apa-apa pun, pihak GilaGossip berharap semua hubungan ini menjadi titik perubahan yang positif untuk Jen selepas perceraiannya dengan Brad Pitt.

Diolah dari sumber berikut : ABC News, E!Online, Defamer Australia, TMZ.Com

:: Klik pada imej untuk paparan imej penuh ::
Search: