![]() |
![]() |
Dalam diam-diam, Jessica Alba telah melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya, Cash Warren. Alba, 27, yang tengah mengandung anak pertama mereka, dikenali ramai melalui lakonannya di dalam drama TV Dark Angel and juga filem Fantastic Four. Cash Warren pula merupakan seorang produser filem.
Berita perkahwinan Alba disampaikan kepada wartawan oleh jurucakap Alba.
Sumber : FOXNews, Showbiz Spy
BENARKAH Jessica Alba bakal melahirkan bayi perempuan? Sekurang-kurangnya begitulah ramalan yang dibuat oleh Ellen DeGeneres.
Pengacara program bual bicara menemu bual Alba dalam program temu bual kelolaannya, Ellen yang disiarkan di kaca TV Amerika pada 9 Mac lepas.
Alba yang kini sarat mengandung enam bulan itu bagaimanapun enggan mendedahkan mengenai jantina anaknya itu, biarpun didesak berkali-kali oleh DeGeneres.
DeGeneres lantas membuat ramalan jantina bayi Alba menerusi kaedah tradisional dengan menggunakan sebentuk cincin yang diletakkan di tapak tangan Alba.
“Apabila cincin tersebut bergerak dalam bentuk bulatan, ia bermakna kamu bakal mendapat bayi perempuan dan bolehlah menamakannya sebagai Ellen sekiranya nama bayi tersebut belum dipilih lagi,” ujar Ellen kepada Alba yang kelihatan terpinga-pinga.
Sumber : Kosmo! Online, 14 Mei 2008