Posted on 21:40, September 24th, 2008 by miss Gossip

LOS ANGELES - Bekas kekasih selebriti Paris Hilton, Travis Barker yang pernah menjadi pemain dram kumpulan Blink-182 berada dalam keadaan parah selepas sebuah jet yang dinaikinya terhempas menyebabkan empat lagi terbunuh, lapor sebuah akhbar semalam.

Dalam nahas itu, seorang bekas tunang selebriti Nicole Richie, Adam Goldstein yang juga seorang deejay turut mengalami nasib sama.

Mereka berada dalam keadaan stabil di sebuah hospital tetapi sebahagian tubuh badan kedua-duanya melecur teruk.

Jet yang mereka naiki itu terhempas sejurus selepas berlepas setelah melanggar pagar di Lapangan Terbang Columbia Metropolitan di South Carolina pada Jumaat malam lalu.

Bekas kekasih Paris itu terbakar dari bawah kaki hingga ke paras pinggang. Goldstein melecur teruk di bahagian muka. Kedua-dua lelaki bertuah kerana cuma mereka yang terselamat dalam nahas itu.

Menurut jurucakap Lapangan Terbang Columbia Metropolitan, Barker dan Goldstein keluar dari bangkai pesawat sebelum ketibaan anggota-anggota kecemasan.

Jet itu dalam perjalanan ke Van Nuys, California selepas Barker dan Goldstein menyertai persembahan dalam satu konsert di Columbia.

Mereka yang terbunuh dalam nahas itu adalah juruterbang Sarah Lemmon, 31, juruterbang James Bland, 52, pengawal keselamatan, Charles Still, 25 dan pembantu Barker, Chris Baker.

Seorang saksi, William Owens memberitahu sebuah stesen televisyen tempatan bahawa dia melihat bola api melintasi jalan raya.

“Saya tidak mengetahui apa yang saya lihat. Ketika saya mendekatinya, saya melihat terdapat api.

“Kemudian saya dapat melihat ekor jet dan saya mula mengetahui ia merupakan sebuah jet,” katanya. - Agensi

Sumber : Kosmo Online - 22 Sept 2008

Search: