Posted on 21:53, September 24th, 2008 by miss Gossip

TANPA disangka, jelitawan Hollywood Penelope Cruz sebenarnya tidak berminat untuk menjadi selebriti popular.

Wajahnya mula menjadi tarikan sejak terlibat dengan sebuah program TV di Sepanyol. Ketika itu, Penelope baru berusia 16 tahun.

Dan kini pada usia 34 tahun, Penelope mengakui dia sudah masak dengan kerenah media dan ada masanya dia letih dengan perhatian yang diberikan untuknya.

Ketika ditanya tentang perasaannya apabila termasuk di kalangan wanita tercantik di Hollywood, jawab Penelope: “Saya turut tersenarai bukan kerana saya cantik tetapi kerana apa yang saya pakai.”

Tambah Penelope, apabila sudah melepasi usia 30-an, dia semakin banyak memikirkan tentang diri sendiri, untuk berehat dan memiliki ruang privasi.

“Selama ini saya sibuk dengan kerja, muka sarat dengan solekan dan pakai kostum untuk lakonan.

“Semua itu untuk menghasilkan kerja yang terbaik. Sekarang saya mahukan semula hidup saya dan mahu hidup dengan tenang,” tegas Penelope kepada Contactmusic.

Beritahunya lagi, dia kini mahu mengatur hidupnya dan tidak akan sewenang-wenang menerima tawaran berlakon.

Dia tidak mahu sekadar bertukar dari lokasi ke sebuah lokasi filem yang lain.

“Sebelum ini saya sanggup berlakon empat buah filem dalam masa setahun, tapi akhirnya saya yang tidak merasakan ada kekosongan yang tidak terisi dalam diri saya, seolah-olah hidup saya tidak bermakna,” ujar Penelope.

Sumber : Kosmo Online, 24 Sept 2008

Search: