Posted on 17:30, May 9th, 2008 by miss Gossip

HAMPIR setahun primadona Azean Irdawaty menyepi daripada sebarang karier seni selepas selamat menjalani pembedahan kanser payu dara di Hospital Putrajaya, Jun lalu.

Berehat panjang di samping menjalani rawatan susulan, Azean, 58, atau lebih mesra dengan panggilan Kak Yan kini semakin pulih.

Dia tidak perlu lagi berkerusi roda untuk bergerak ke sana sini kerana sudah mampu berjalan dengan sendiri.

Rambutnya yang sebelum ini berkurangan sehingga menampakkan kulit kesan daripada rawatan kemoterapi juga mulai tumbuh.

Namun begitu, seperkara yang menarik mengenai primadona ini ialah dia sudah kembali berlakon. Lakonan pertamanya selepas pulih daripada kanser ialah telefilem berjudul Mama arahan Rashid Sibir.

Read the rest of this entry »

Search: