Posted on 07:26, May 13th, 2008 by miss Gossip

JESLINA HASHIM enggan menyanyi lagi. “Tidak buat masa sekarang. Saya belum ada hati lagi untuk menyanyi,” ujarnya seperti tidak mahu mengimbas semula kenangan karier nyanyiannya.

“Berlakon, mungkin ya, tapi bukan sekarang. Saya lebih selesa begini. Menjaga anak dan suami.

“Lagipun, anak saya baru saja berusia tujuh bulan dan dia memerlukan penjagaan yang rapi daripada seorang ibu,” tutur Jeslina saat ditemui bersama anak lelaki sulungnya, Micah Lee Hashim Vercoe.

Melihat kelibat Jeslina menjadi juru acara majlis ‘Kenduri Kahwin’ Megadrama Astro di Kuala Lumpur baru-baru ini, terus sahaja dia ditebak dengan perkembangan terbaru dirinya.

Pernah digelar Britney Spears Malaysia suatu ketika dulu, Jeslina cukup diingati menerusi lagu popularnya, Ku Intai Cinta Dalam Rahsia yang telah melonjakkan pemilik nama sebenar Nor Jeslina Hashim Khairuddin Mohd Hashim ini.

Disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Selepas menimbulkan kontroversi tiga tahun lalu, akibat ditahan dalam satu serbuan JAWI di Kelab Zouk, empunya badan ini terus lesap.

Malah kariernya juga tenggelam dengan begitu pantas bagaikan tidak sayang dengan apa yang telah dikejar dan diimpikan dalam dunia seni yang begitu dicintainya pada masa dulu.

Read the rest of this entry »

Search: