Posted on 16:47, May 11th, 2008 by miss Gossip

Hai… apa pula ni yang berlaku di antara bekas peserta AF6, Lufya dengan deejay Era iaitu Reza?

Niezam dapat tahu kononnya Reza dan Lufya bermasam muka gara-gara salah faham.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira dua minggu lalu ketika mereka dan beberapa bekas pelajar AF menjayakan program Gempak Selebriti di Johor Bahru.

Semasa membuat persembahan di atas sebuah kapal di perairan Selat Teberau itu, Reza dikatakan sudah menyebut sesuatu yang tidak boleh diterima oleh Lufya.

Gurauannya biasa-biasa saja. Reza cuma usik Lufya seolah-olah menyindir dengan tujuan untuk bergurau.

Cara Reza itu kononnya menyebabkan Lufya tak puas hati sehinggakan dia menolak pelawaan Reza yang menjadi pengacara pada hari itu untuk membuat persembahan di pentas.

Read the rest of this entry »

Search: