JENG… jeng… nampaknya majlis perkahwinan penyanyi Mawi dengan Ikin yang diperkatakan orang semakin dekat rasanya. Bukannya apa, minggu lalu Joyah mendapat tahu dari kawan Joyah yang baru balik dari Dubai.
Kata kawan Joyah, semasa dia berjalan di Dubai tu dia terserempak orang Malaysia yang kepala botak-botak macho. Apabila dia pergi ke satu kawasan, dia nampak lelaki botak yang dimaksudkan itu Mawi. Tapi kawan Joyah ni pun buat-buatlah tak kenal sebabnya dia nak tengok apa yang Mawi nak buat di tengah kota Dubai tu.
Rupa-rupanya apa yang dia nampak, Mawi sakan sekali mencari kain renda (lace) di beberapa butik pakaian di Dubai itu.
“Memang sah dia tu Mawi. Aku pandang dari jauh saja. Aku nampak bukan main banyak dia borong kain. Dia nak berniaga ke Joyah?” katanya.