AMBOI… dalam diam akhirnya ‘puntianak’ cun melecun, Maya Karin dikatakan hendak naik pelamin pada hujung tahun ini.
Tak sangka ya selama ini Maya berjaya menyimpan rahsia kisah cintanya itu.
Tut-tut dia membuat pengakuan berani hatinya sudah dimiliki oleh lelaki mat salih.
Mengikut khabar angin yang bertiup bak puting beliung ke telinga Niezam, majlis perkahwinan Maya dijadual diadakan pada bulan Jun atau Julai ini.
Majlis itu khabarnya akan diadakan di sebuah tasik indah di kota raya Itali kerana bakal suaminya itu berasal dari negara tersebut.
Wah… Niezam dapat bayangkan betapa meriahnya majlis itu nanti. Mesti ia diadakan dalam suasana taman yang menghijau gitu.
Tentu ada yang nak tahu siapa bakal suami Mayakan? Mengikut sumbernya, lelaki tersebut merupakan seorang guru yang kini mengajar di sebuah sekolah antarabangsa yang terletak di Kuala Lumpur.