Posted on 01:46, May 14th, 2008 by miss Gossip


Aktres terkenal Drew Barrymore terlibat dalam insiden langgar di West Hollywood. Walau bagaimanapun, beliau terselamat dan tidak mengalami apa-apa kecederaan.

Perlanggaran itu berlaku pada awal tengahari hari Isnin yang lepas. Barrymore ketika itu sedang memandu berhampiran Gardner Street dan Santa Monica Boulevard, jelas Sarjan Kristin Aloma, jurucakap pejabat sherif West Holywood.

Barrymore yang tidak mengalami kecederaan terus mengekori kenderaan yang melanggarnya dan berjaya mencatat nombor plat kereta berkenaan.

Jelas Sarjan Aloma lagi, pihak polis sedang berusaha untuk menjejak pemandu kereta berkenaan.

Barrymore, 33, juga merupakan salah seorang calon Golden Globe dan dikenali ramai melalui lakonannya di dalam filem ET, Scream dan Charlie’s Angel.

Comments

[...] Aktres terkenal Drew Barrymore terlibat dalam insiden langgar di West Hollywood…. Source: Drew Barrymore terselamat daripada insiden langgar lari [...]


Post a Comment

Name:
Email:
Website:
Comments:
Search: