Posted on 22:13, September 24th, 2008 by miss Gossip

LOS ANGELES - Dua aktres terkenal iaitu Kirsten Dunst dan Drew Barrymore bergaduh gara-gara berebut untuk mendapatkan cinta aktor popular, Justin Long, lapor sebuah akhbar semalam.

Long merupakan bekas kekasih Barrymore tetapi sejak beberapa bulan lalu, Dunst dilaporkan mempunyai hubungan dengan aktor yang popular dengan filem Jeepers Creepers itu sekali gus mewujudkan cinta tiga segi yang rumit.

Bagaimanapun, kedua-dua aktres itu tidak dapat mengelak berkonfrantasi antara satu sama lain apabila mereka bertembung di tempat awam baru-baru ini.

Dunst dan Barrymore bertembung pada Sabtu lalu apabila menghadiri rakaman program Saturday Night Live bagi memberi sokongan kepada dua rakan mereka yang juga pelakon terkenal iaitu Cameron Diaz dan James Franco.

Satu sumber memberitahu bahawa Dunst dan Barrymore cuba menjauhi diri apabila mereka bertembung ketika menghadiri program itu.

“Barrymore dan Dunst berada di sana tetapi Dunst enggan mendekati Barrymore,” kata satu sumber. - Agensi

Sumber : Kosmo Online, 24 Sept 2008

Post a Comment

Name:
Email:
Website:
Comments:
Search: