LONDON - Penyanyi terkenal, George Michael (gambar) diberi amaran oleh pihak polis selepas dia ditangkap di sebuah tandas awam di London, Britain kerana memiliki dadah, lapor sebuah akhbar semalam.
Seorang jurucakap Polis Metropolitan memberitahu bahawa pihaknya menangkap seorang lelaki berumur 45 tahun di kawasan Hampstead Heath kerana memiliki dadah.
Menurutnya, Michael dibawa ke sebuah balai polis dan penyanyi itu diberi amaran kerana memiliki dadah kelas A dan C.
Di bawah undang-undang di Britain, dadah kelas A termasuk kokain.
Michael, 45, yang terkenal dengan lagu Wake Me Up Before You Go-Go itu sebelum ini pernah mengaku mengambil dadah.
Pada tahun lepas, lesen memandu Michael digantung selama dua tahun oleh mahkamah selepas dia mengaku bersalah memandu ketika di bawah pengaruh dadah. - Agensi
Sumber : Kosmo Online - 22 Sept 2008
Comments are closed.