Posted on 22:02, September 24th, 2008 by miss Gossip

 

LOS ANGELES - Model terkenal, Heidi Klum luka selepas satu sketsa pendek yang dilakonkannya bersama pengacara terkenal, Tom Bergeron pada majlis Anugerah Emmy baru-baru ini, lapor sebuah akhbar semalam.

Klum, 35, merancang untuk menari dengan Bergeron yang juga pengacara bersama program realiti televisyen Dancing With The Stars itu dalam Anugerah Emmy pada Ahad lalu.

Mengikut perancangan, Bergeron, 53, akan membuat lawak dengan berpura-pura menjatuhkan model itu secara tidak sengaja.

Bagaimanapun, Klum benar-benar tergelincir dan terus terjatuh di bahagian sisi sehingga menyebabkan pahanya bengkak.

Selepas membuat persembahan itu, Klum tersenyum dan menunjukkan kepada rakan-rakannya kecederaan yang dialami itu.

Dalam majlis anugerah itu, Mad Men memenangi anugerah Siri Drama Terbaik manakala aktor Bryan Cranston memenangi anugerah pelakon drama siri lelaki terbaik.

Aktres terkenal, Glen Close yang berlakon dalam drama Damages pula memenangi anugerah pelakon drama siri wanita terbaik. - Agensi

Sumber : Kosmo Online, 24 Sept 2008

Posted on 21:58, September 24th, 2008 by miss Gossip
Photo: Dave Meyers

Photo: Dave Meyers

BINTANG pop, Pink membikin kejutan untuk bekas suaminya, Carey Hart dengan mengundang Carey untuk muncul dalam klip video terbarunya. Carey bersetuju dengan pelawaan Pink tanpa mengetahui bahawa lagu dalam klip video berkenaan adalah ditujukan khas untuknya.

Pink dan Carey, seorang pelumba motosikal ini berpisah dan memutuskan untuk tidak lagi bersama sejak tahun lepas. Kini Pink muncul dengan single terbarunya sebuah lagu cinta, So What untuk kembali mengubat rindu para peminatnya.

Carey sebenarnya tidak tahu apakah tujuan sebenarnya Pink mengundangnya untuk muncul klip video berkenaan,padahal rancangan Pink sebenarnya untuk memberitahu kepada semua bahawa rumahtangga mereka sebelum ini sungguh teruk.

Bercakap kepada Bbc Radio One, Pink menjelaskan: “Dia (Carey) tidak pernah mendengar lagu itu dinyanyikan sebelum klip video yang sudah siap itu dipertontonkan kepadanya. Dia memberikan reaksi yang bersahaja, sekarang baru dia tahu betapa gilanya saya. Selama lebih enam tahun kami hidup bersama. Dan setiap tahun ibarat penuh dengan percakaran.”

Sumber : Kosmo Online, 24 Sept 2008

Kategori Gossip Pink | Tiada Komen | Teruskan bacaan »
Search: